selamat melanjutkan pelajaran .. kita kenal dari tadika lagi, sekolah rendah sama menengah sama sampai kerja pun satu tempat yang sama .. satu perjalanan yang Allah aturkan dengan cantik sekali .. langkah lah dengan senyuman , semoga dengan langkah mu ini akan membuat hidupmu bahagia , ikhlaskan lah hatimu .. mungkin macam poyo kan aku post bende macam ni tapi tu la , tah bila kau cakap kau dah nak resign aku biasa je , tapi dalam masa yang sama aku sedih sebab kawan sejak aku kecik sampai lah dah besa ni akan pisah ,memang macam poyo tapi tu la kan , sebab tu aku apply cuti .. biar aku tak nampak kau kemas tempat kau , biar aku tak rasa kau pergi , biar aku tak nampak muka kau , biar aku rasa kau cuti dan akan kembali ,, walaupun hakikatnya kita akan berjauhan .. tak pelah mungkin ada hikmahnyaa .. selamat merasai tempat baru , biah baru kawan baru dan semua baru ,, sadokan hati walaupun aku tau kau feeling less tapi saje je nak cakap sadokan hati .. moga kita akan bertemu satu masa akan datang ..
Wednesday, May 25, 2016
Tuesday, May 17, 2016
Allah bagi rehat
"Allah akan beri apa yang kita perlu bukan apa yang kita mahu " .. "islam kata SAKIT itu penghapus dosa , kafir kata SAKIT itu bala ..lirik lagu munafik* .. Waktu sakit kita boleh lihat mana satu kawan mana satu kawan , mana yang dekat mana yang jauh sebenarnya ..
Tak usah kau kata kau lelah jika usaha mu tidak seberapa , tak usah kau kata kau gagah jika benda kecil pun masih minta jasa yang lain , tak usah kau kata kau sayang jika yang wajib disayang tidak kau menyayangi , tidak usah kau mencari kesalahan jika dirimu banyak salahnyaa ..
Monday, May 16, 2016
dalam senda ada tawa
maaf andainya aku tak mampu menjadi guru terhebat , maaf andainya aku tak bisa menjadi doktor buatmu , maaf andai aku tak bisa menjadi pendengar setia bagimu .. aku hanya manusia biasa yang pasti ada kurangnya.. mungkin aku bukan yang terbaik , tapi aku menunjukkan cara "care or loving" melalui tulisan , biarlah dengan kertas kecil ini mampu buat kamu semua gembira .. andai satu masa aku meninggalkan pekerjaan ini pasti akan merindui ayat " cikgu mana memo pad tak de ke harini " , "cikgu dah lama cikgu tak bagi memo pad kertas habis ke, nak kiteorang belikan tak " , "cikgu terima kasih , ayat cikgu kadang tersadarkan saya " ..bukan pujian yang aku mahukan tapi ingin kukatkan cara aku menyanyangi mu dengan cara sebegini.. aku tak mampu melayan kamu dengan lirik manja aku tak mampu bercakap dengan mu dengan suara mendayu , hanya tulisan yang mampu aku beri buat peringatan .. terimakasih kerana memberi satu pengalaman yang tak biasa aku lupakan cikgu sebagai akak cikgu sebagai ayah dan ibu cikgu sebagai teman .. KADANG SATU NAMA BUAT KITA RINDU BUAT KITA SAYANgπππππ
Subscribe to:
Posts (Atom)