Sunday, March 20, 2016

sediakan payung sebelum hujan







Dilema Nak Kahwin, Beli Kereta Atau Beli Rumah ***********************************************
Cuti sekolah dan majlis kahwin berpisah tiada. Maka, masing-masing berpusu-pusu untuk menamatkan zaman bujang.
Jadi, bagi yang masih single tu eloklah merancang kewangan sendiri terlebih dahulu.
Lepasan universiti biasanya akan berada dalam dilema sama ada nak kahwin dulu ke, nak beli kereta atau nak beli rumah dulu. Semua tu rezeki. Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Kau orang rancang nak beli rumah, tetiba jodoh sampai dulu. Kena la kahwin dulu. Ye dak?
Katakan masa belajar di universiti sudah jumpa calon isteri yang baik punya. Belajar sekali, makan sekali, dah kenal hati budi semua, sudah berjumpa dengan keluarga masing-masing dan sudah berjanji nak kahwin masa umur 25 tahun.
Jadi, jika kau orang dah ada calon isteri, boleh cuba idea di bawah sebagai panduan;
***
Umur: 23 tahun Tahan nafsu beli kereta. Kau orang lelaki bujang naik motosikal je dulu. Buat ASB Financing RM100K @ 30 tahun tempoh pembiayaan, kadar keuntungan bank 5.2%. Bayaran bulanan ansuran RM590 lebih kurang.
Umur: 25 tahun Selama dua tahun, biarkan dividen terkumpul dalam ASB. Bayar ansuran macam biasa dekat bank. Lepas dua tahun terminate ASB Financing tersebut.
Dividen terakhir 24 bulan @ 7.25%: RM15,000 Pulangan prinsipal: RM4500 Jumlah kasar: RM19,500
***
Cukup tak RM19,500 nak buat majlis kahwin? Kalau tak cukup buat majlis ringkas je dah la.
Lepas selesai majlis kahwin, mulakan menabung dan menyimpan untuk deposit rumah pula.
Bila dah kahwin, kereta sudah menjadi satu keperluan. Jadi, beli kereta yang ansuran murah. Ansuran bulanan bawah RM400 lagi bagus. Beli saja Axia.
Hidup berdua, kereta yang kecil pun tak apa. Bukan dosa. Jangan dengar kata-kata negatif orang sekeliling. Mereka bukan beli tunai pun kereta mahal-mahal tu. Dengan 2 tahun buat ASB Financing kau orang akan dapat:
✔ Rekod CCRIS ✔ Disiplin untuk bayar balik ✔ Melatih mengawal kewangan ✔ Belanja kahwin, deposit rumah, kereta ✔ Tidak perlu pembiayaan peribadi
Jadi, bila dah kahwin dan tak ada hutang pembiayaan peribadi, bolehlah merancang untuk langkah seterusnya.
Jika kau tak jumpa jodoh lagi, boleh beli rumah dulu. Gunakan teknik yang sama. Terminate lepas 2-3 tahun untuk buat deposit rumah. Lepas tu sewakan. Aliran tunai positif daripada untung sewa boleh buat ansuran bayaran kereta.
Ini mungkin bukan perancangan terbaik, sekadar pendapat dan cetusan idea. Tetapi, kau orang boleh merancang mengikut ekonomi korang sendiri.
Rancang dan bincang perkara pasal kewangan dan masa depan bakal jodoh tu baik baik. Kau orang bukan nak hidup sehari dua dengan pasangan tu.
Apa yang gua hendak sampaikan ialah; JANGAN AMBIL PEMBIAYAAN PERIBADI UNTUK MAJLIS KAHWIN. Sangat sangat sangat merugikan. Simpan sendiri atau guna tools ASB Financing lagi bagus.
Gua tengok ramai lepasan universiti ada masalah keberhutangan yang serius. Tak pandai uruskan kewangan. Nak beli kereta import mewah yang mahal. Tapi PTPTN tak nak bayar.
Hutang kereta sampai 9 tahun. Hutang pembiayaan peribadi sampai 10 tahun. Hutang PTPTN sampai 9 tahun. Hidup dikelilingi dengan hutang saja.
Duk bayar hutang sampai tak ada simpanan untuk membeli rumah. Duit gaji tak boleh nak simpan sebab duk bayar hutang.
Sebab duk bayar hutang, lepas 10 tahun barulah mampu simpan untuk deposit rumah. Masa tu harga rumah dah mahal. Kau orang pulak bising, maki kerajaan sebab tak kawal harga rumah.
Perancangan kena ada. Matlamat kena jelas. Kalau matlamat pun kau orang kabur macam mana nak maju. Kena ada sasaran. Misi dan visi. Janganlah ikut orang. Kita saja tahu kemampuan kewangan kita.
Apa yang jelas, tindakan kau orang masa kini akan memberi kesan pada kehidupan kau orang masa depan. Jangan menyesal selepas 10 tahun. Jangan. Biar masa depan kau orang berterima kasih pada kau orang.
Ingat, gegadis zaman sekarang suka lelaki pandai uruskan kewangan. Bukan pandai modified kereta je. Kah!
P/S: Silakan share jika manfaat . Terima kasih ye ye.

Saturday, March 12, 2016

students bergaji

             
                 

7 Langkah Penjimatan Anak Muda / Mahasiswa / Mahasiswi-
Pelajar di universiti ataupun kolej sering menghadapi masalah kekurangan duit untuk buat belanja. Sampai terpaksa ikat perut. Ada di antara mereka berjimat cermat pun tak cukup. Setiap malam makan maggi je. Tu pun ada kongsi dengan kawan.
Dalam ilmu pengurusan kewangan. Kita mencari "root cause", punca utama terjadinya perkara ini.
Peningkatan kos sara hidup dianggap menjadi punca utama. Kalau dulu nasi ayam RM5 sekarang ni paling kurang pun RM7-RM8. Kita semua tak boleh kawal daripada kos sara hidup kian tahun kian meningkat.
Tak semua ya. Ramai sudah bijak sekarang. Tapi segelintirnya ada masalah pengurusan kewangan. Antara punca lain yang aku rasa;
1. Gaya hidup Gaya hidup dulu dan sekarang sudah berubah. Kalau dulu pakai telefon tak ada data Internet ok dah. Sekarang ni tak ada applikasi WhatsApp dianggap kuno. Telefon mesti canggih. Setakat ASUS, Oppo mana main dah.
2. Tempat belajar Ramai anak muda hipster sekarang ni, belajar / belajar berkumpulan pun nak belajar tempat makan hipster. McD, Starbucks misalnya. Duk belajar 3-5 jam mesti banyak nak order makan nanti.
3. Pakaian Tengok sahaja lah pelajar sekarang. Semua nak up to date. Mesti pakaian butik. Semua nak berjenama. Kalau boleh tanda harga tak nak buang. Biar nampak harga baju RM100++ tu. Kalau tudung tu tak lilit 10 kali tak sah. Kalau dulu pelajar perempuan pakai tudung bawal rilek je dekan. Pakaian mengalahkan orang dah bekerja.
4. Hiburan Tiap minggu keluar karaoke, tengok wayang, jalan sana sini. Nak hilang kan stress belajar katanya. Tak salah. Memang tak salah. Yang salahnya kau telefon mak bapak kau kata nak beli buku padahal keluar pergi bercuti kat Genting Highlands.
5. Nak Cantik. Nak Putih. Nak Kurus. Nak Sado Banyak produk di pasaran untuk memenuhi kehendak anak muda zaman sekarang. Mereka menggelupur nak putih gebu. Risau tak kahwin ke? Tenang. Ada jodoh kau tu. Tak ada di tempat kau belajar jangan risau. Jangan bazirkan duit pembiayaan untuk membeli set kecantikan, set putih. Harga beratus ratus tu boleh buat belanja kau makan.
Bermacam-macam lagilah punca sampingan kalau kita pergi lebih dalam lagi.
Antara langkah penjimatan kau boleh buat ialah;
1. Bezakan Kehendak Dan Keperluan Jika tak ada sumber pendapatan cuba minimumkan kehendak. Mak bapak kau bagi kereta atau motor untuk memudahkan ke tempat belajar. Tapi guna pembiayaan tukar sport rim lah, speaker lah.
2. Hidup Di Bawah Kemampuan Jika kau mampu beli baju RM50. Cari baju RM35. Jimat RM15 ringgit. Minimumkan perbelanjaan.
3. Rancang Perbelanjaan Kalau nak keluar bandar untuk membeli barang, senaraikan dulu apa yang nak dibeli. Beli barang ditulis saja. Jadi tak perlu pergi pusat membeli belah banyak kali. Kos minyak lagi, bayar parking lagi. Dah pergi banyak kali mesti nak makan lagi.
4. Buat Belanjawan Jika ada duit belanja RM1500. Pecahkan kepada beberapa bahagian utama kau biasa guna. Jangan berlagak kaya. Jangan berlapar semata-mata nak beli IPhone, jubah mahal, sport rim.
5. Bandingkan Harga Kalau nak beli barang keperluan tu, cuba bandingkan harga. Banyak pilihan sekarang. Yang murah tak semestinya tak bagus. Yang mahal tak semestinya bagus.
6. Belanja Ikut Keutamaan Kalau ikutkan hati, semua kita nak beli. Sabar. Kau masih belajar. Sumber pendapatan pun tak ada. Jadi beli barang ikut keutamaan dulu. Pakai sampai habis, guna sampai rosak. Baru beli lain.
7. Hidup Bersederhana Nak jogging pergi taman. Tak payah la jogging atas mesin jogging tu. Bayar masuk pun dah berapa. Nak pergi bercuti boleh. Jangan guna duit pembiayaan pelajaran. Simpan sendiri.
Akhir kata, mencari salah siapa tak akan membawa apa-apa keuntungan pada kita. Kita sendiri kena berubah, merancang ikut keadaan semasa. Kah!

berjimba

                              











                                         kerana merasa diri ini semakin hanyut dan leka,

                                  ilmu yang luas perlu dicari sebelum dunia terus mengaburi

                                     dan ilmu juga yang mengetuk dan menghentikan dari

                                      lamunan dan terus hidup di alam realiti bukan fantasi

GURU





sekolah ibarat kilang yang mana memproses satu pengeluaran bende yang amat diperlukan oleh semua ..dan murid ialah barang yang mesti diproses .. si pekerja ialah GURU .. bertapa besarnya jasa seorang guru .. guru ibarat doktor kepada pesakitnya , guru ibarat ibu bapa kepada anaknya , guru ibarat celeaner , guru ibarat bomba bila terjadinya sesuatu , guru ibarat polis bila berlaku kekecohan di sekolah , guru jugak menjadi sang rakan dikala sunyi .. begitu luas skop kerja sebagai seorang guru .. ye mungkin pengalaman aku tak seberapa . dan dengan yang tak seberapa ni lah aku menjadi lebih menghargai orang yang berada di sekeliling aku , baik dari rakan sekerja staf office  and murid-murid ..



mungkin dengan pengalaman yang tak seberapa ni aku tak mampu menjadikan mereka sesempurna apa yang diminta .. tapi aku akan sedaya mungkin mengubah cara hidup mereka , dari adabnya , tuturnya , dari lagaknya ,pergaulan .. bukan aku yang memboleh kan mereka berubah , aku hanya perantara . tapi kene ingat Allah lah yang membolehkan segalanya berlaku .. dari mereka aku banyak belajar . kadang si pelajar menjadi satu pembelajaran yang hebat bagi seorang guru untuk mengajar .


so harapan aku tak tinggi , cuma aku harap kita2 para guru dapat mengubah mendidik anak2 kita dengan penuh kesabaran .. zaman kita dengan zaman mereka berbeza , jangan pernah samakan mereka dengan kita .. jika dizaman kita ade pembelajaran yang boleh kita praktikan untuk mereka , jadi ajarkan , jangan kau terus menghukum mereka dengan kesalahan yang mereka buat ,. kene jadi kreatif sikit . okey .. satu je  nak jadi guru ni niat kene betulkan niat , ikhlaskan hati untuk mendidik , marah sebab mengajar bukan membenci .. jika kau mampu menahan marah maka kau dah cukup matang untuk menempuhi segala rintangan yang akan datang