Saturday, March 12, 2016

students bergaji

             
                 

7 Langkah Penjimatan Anak Muda / Mahasiswa / Mahasiswi-
Pelajar di universiti ataupun kolej sering menghadapi masalah kekurangan duit untuk buat belanja. Sampai terpaksa ikat perut. Ada di antara mereka berjimat cermat pun tak cukup. Setiap malam makan maggi je. Tu pun ada kongsi dengan kawan.
Dalam ilmu pengurusan kewangan. Kita mencari "root cause", punca utama terjadinya perkara ini.
Peningkatan kos sara hidup dianggap menjadi punca utama. Kalau dulu nasi ayam RM5 sekarang ni paling kurang pun RM7-RM8. Kita semua tak boleh kawal daripada kos sara hidup kian tahun kian meningkat.
Tak semua ya. Ramai sudah bijak sekarang. Tapi segelintirnya ada masalah pengurusan kewangan. Antara punca lain yang aku rasa;
1. Gaya hidup Gaya hidup dulu dan sekarang sudah berubah. Kalau dulu pakai telefon tak ada data Internet ok dah. Sekarang ni tak ada applikasi WhatsApp dianggap kuno. Telefon mesti canggih. Setakat ASUS, Oppo mana main dah.
2. Tempat belajar Ramai anak muda hipster sekarang ni, belajar / belajar berkumpulan pun nak belajar tempat makan hipster. McD, Starbucks misalnya. Duk belajar 3-5 jam mesti banyak nak order makan nanti.
3. Pakaian Tengok sahaja lah pelajar sekarang. Semua nak up to date. Mesti pakaian butik. Semua nak berjenama. Kalau boleh tanda harga tak nak buang. Biar nampak harga baju RM100++ tu. Kalau tudung tu tak lilit 10 kali tak sah. Kalau dulu pelajar perempuan pakai tudung bawal rilek je dekan. Pakaian mengalahkan orang dah bekerja.
4. Hiburan Tiap minggu keluar karaoke, tengok wayang, jalan sana sini. Nak hilang kan stress belajar katanya. Tak salah. Memang tak salah. Yang salahnya kau telefon mak bapak kau kata nak beli buku padahal keluar pergi bercuti kat Genting Highlands.
5. Nak Cantik. Nak Putih. Nak Kurus. Nak Sado Banyak produk di pasaran untuk memenuhi kehendak anak muda zaman sekarang. Mereka menggelupur nak putih gebu. Risau tak kahwin ke? Tenang. Ada jodoh kau tu. Tak ada di tempat kau belajar jangan risau. Jangan bazirkan duit pembiayaan untuk membeli set kecantikan, set putih. Harga beratus ratus tu boleh buat belanja kau makan.
Bermacam-macam lagilah punca sampingan kalau kita pergi lebih dalam lagi.
Antara langkah penjimatan kau boleh buat ialah;
1. Bezakan Kehendak Dan Keperluan Jika tak ada sumber pendapatan cuba minimumkan kehendak. Mak bapak kau bagi kereta atau motor untuk memudahkan ke tempat belajar. Tapi guna pembiayaan tukar sport rim lah, speaker lah.
2. Hidup Di Bawah Kemampuan Jika kau mampu beli baju RM50. Cari baju RM35. Jimat RM15 ringgit. Minimumkan perbelanjaan.
3. Rancang Perbelanjaan Kalau nak keluar bandar untuk membeli barang, senaraikan dulu apa yang nak dibeli. Beli barang ditulis saja. Jadi tak perlu pergi pusat membeli belah banyak kali. Kos minyak lagi, bayar parking lagi. Dah pergi banyak kali mesti nak makan lagi.
4. Buat Belanjawan Jika ada duit belanja RM1500. Pecahkan kepada beberapa bahagian utama kau biasa guna. Jangan berlagak kaya. Jangan berlapar semata-mata nak beli IPhone, jubah mahal, sport rim.
5. Bandingkan Harga Kalau nak beli barang keperluan tu, cuba bandingkan harga. Banyak pilihan sekarang. Yang murah tak semestinya tak bagus. Yang mahal tak semestinya bagus.
6. Belanja Ikut Keutamaan Kalau ikutkan hati, semua kita nak beli. Sabar. Kau masih belajar. Sumber pendapatan pun tak ada. Jadi beli barang ikut keutamaan dulu. Pakai sampai habis, guna sampai rosak. Baru beli lain.
7. Hidup Bersederhana Nak jogging pergi taman. Tak payah la jogging atas mesin jogging tu. Bayar masuk pun dah berapa. Nak pergi bercuti boleh. Jangan guna duit pembiayaan pelajaran. Simpan sendiri.
Akhir kata, mencari salah siapa tak akan membawa apa-apa keuntungan pada kita. Kita sendiri kena berubah, merancang ikut keadaan semasa. Kah!

No comments:

Post a Comment